KUALA LUMPUR: Di sebalik semangat rakyat Indonesia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Umum (Pemilu) dan Pilihan Raya Presiden (Pilpres) Indonesia 2024, keadaan di Pusat Pengundian Awal di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (WTCKL) dilihat kecoh.
Beberapa pengundi Indonesia yang ditemui mendakwa keadaan tersebut antaranya berpunca kerana hanya satu laluan dibuka untuk memasuki pusat pengundian tersebut.
Tinjauan Astro AWANI juga mendapati situasi tersebut kemungkinan berlaku ekoran terdapat pemilih yang tidak membuat pendaftaran identiti secara dalam talian, menyebabkan kelancaran proses pengundian terganggu.
Selain itu, sekumpulan pemilih juga cuba menyelit memasuki celahan penghadang yang disediakan.
Menurut seorang pengundi, Dede Firman, 27, dia yang pertama kali mengundi Malaysia mendakwa agak terkejut dengan proses pengundian di WTCKL.
“Memang apa yang berlaku di sini agak luar biasa, kerana kita tumpu hanya pada satu pusat mengundi. Jika di Indonesia lokasi mengundinya lebih banyak dan tidak tertumpu,” katanya yang berasal dari Sumatera pada Ahad.
Sementara itu, seorang lagi pengundi, Agus Priytno, 44, berkata dia terpaksa menunggu hampir dua jam untuk menjalankan proses pengundian.
“Sebelum ini kita mengundi di Kedutaan Indonesia dan kebanyakan kami sudah mengetahui ke mana harus pergi, di mana tempat mendaftar dan di mana kita mahu mengundi.
“Tetapi di sini, kebanyakan pengundi tidak biasa dengan lokasinya dan disebabkan itu ia menjadi kelam kabut berbanding jika diadakan di bangunan kedutaan,” tambahnya.
Mengulas kekecohan yang berlaku di WTCKL, Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata laluan masuk pusat pengundian ditetapkan oleh Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia.
Bagaimanapun, beliau menegaskan perkara tersebut sedang ditambah baik dengan kerjasama daripada agensi terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Irmohizam juga memberi jaminan bahawa kapasiti WTCKL mampu untuk menampung jumlah rakyat Indonesia yang layak mengundi iaitu lebih 220,000 di pusat pengundian tersebut.
“Pada hemat saya kita pernah menerima penerima vaksin hampir 1.3 juta semasa proses vaksinasi COVID-19.
“Kami memang jangkakan dengan jumlah-jumlah ini dan sudah tentu ia satu perkara yang telah kami lalui, cuma hari ini dalam keadaan berbeza (proses pengundian).
“Tetapi fokus kami adalah untuk memastikan keselesaan dan keselamatan warga Indonesia pada hari ini dapat menunaikan tanggungjawab mereka,” ujarnya.
Proses undi awal bagi Pemilu dan Pilpres 2024 berlangsung dari jam 8 pagi hingga 6 petang, dengan WTCKL menjadi salah satu lokasi daripada enam pusat pengundian yang dibuka di Malaysia.
Selain WTCKL, lima lagi lokasi ialah Johor Bahru (2,684), Pulau Pinang (5,375), Kota Kinabalu (2,811), Tawau (20,247) serta Kuching (2,988).
Astro AWANI sedang mendapatkan maklum balas daripada Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono.
Hasimi Muhamad
Sun Feb 11 2024
Kekecohan di WTCKL berjaya ditenangkan dengan bantuan agensi terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Foto Astro AWANI
Keselamatan pemain jadi keutamaan sepanjang musim Liga Malaysia - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keselamatan pemain serta seluruh pasukan menjadi keutamaan polis sepanjang musim Liga Malaysia yang bermula semalam.
Guru tampar, cekik murid ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah - Exco
Guru terbabit juga didakwa memarahi beberapa orang murid yang lain dengan mengeluarkan kata-kata kesat.
Fokus Minggu Depan: Keputusan kekal atau bertukar tangan?
Fokus Minggu Depan: Keputusan kekal atau bertukar tangan?
Wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud dan Prof. Madya Dr. Mazlan Ali,
Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud dan Prof. Madya Dr. Mazlan Ali,
Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
PM Anwar lawat Qatar mulai Ahad
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei.
Pusat pengundian ditutup
Lintas langsung bersama Wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud mengenai pusat pengundian Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Baharu ditutup.
Apple dijangka kemas kini Siri dengan keupayaan AI generatif
Siri baharu ini akan boleh berbual dengan lebih baik, dan mempunyai keupayaan menyambung pelbagai perbualan dan bukan sekadar menjawab soalan sahaja.
Reuters nafi keluar artikel Malaysia disenaraihitam Amerika Syarikat
Agensi Berita Reuters pada Sabtu telah mengeluarkan notis penafian mereka pernah mengeluarkan artikel yang mendakwa Malaysia bakal menjadi negara pertama Asia Tenggara untuk disenaraihitam oleh Amerika Syarikat.
Menurut perkongsian di laman media sosial, akaun Reuters Press Team berkata, laporan yang tular menggunakan jenama mereka itu merupakan satu laporan palsu.
Menurut perkongsian di laman media sosial, akaun Reuters Press Team berkata, laporan yang tular menggunakan jenama mereka itu merupakan satu laporan palsu.
Beri ruang polis siasat kes libatkan Faisal Halim
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggesa semua pihak tidak membangkitkan sebarang dakwaan berbentuk spekulasi terutama di media sosial berhubung insiden itu.
Sarawak bakal laksana persempadanan semula kawasan DUN tahun ini
Walaupun tidak mendedahkan jumlah sasaran kawasan baharu, Pengerusi GPS itu berkata beberapa faktor akan diteliti oleh SPR untuk melaksanakan persempadanan semula.
TH gesa umat Islam waspada penggunaan visa Haji yang tidak sah
Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan umat Islam Malaysia supaya lebih berwaspada dengan sebarang tawaran pakej haji oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan visa yang tidak sah.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.
Puluhan cedera dalam pertempuran semasa Pilihan Raya Indonesia di Papua
Sekurang-kurangnya 62 penyokong calon legislatif cedera dalam pertempuran di sembilan lokasi di Puncak Jaya, Papua Tengah, semasa Pilihan Raya Umum pada Rabu.
Pasca Pilpres 2019: Masa untuk bangsa Indonesia kembali bersatu
Selepas berakhir proses pungutan suara di kotak undi pada Pemilihan Umum (Pemilu) 2019 pada Rabu, kini tiba masanya untuk bangsa Indonesia kembali bersatu.
Kempen pilihan raya Presiden Indonesia bermula
Pemilihan yang dijadual berlangsung pada 9 Julai itu meletakkan pilihan antara gabenor Joko 'Jokowi' Widodo dengan bekas jeneral, Prabowo Subianto.